LAPORAN
LAWATAN KE MUZIUM NEGARA
Objektif:
1.
Pelajar dapat melibatkan diri dalam interaksi
sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan.
2.
Pelajar dapat memproses maklumat secara
kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk
memperoleh ilmu dan maklumat.
3.
Pelajar dapat menggunakan maklumat yang
diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta
menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan.
Pada 26 Ogos
2014, kami telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Muzium Negara, Kuala
Lumpur. Para pelajar yang terlibat seramai 37 orang dan diiringi seorang
pengiring. Kami bertolak dari sekitar jam 6.45 pagi dan tiba di muzium pada jam
10 pagi. Setelah kami tiba, kami disambut oleh seorang pegawai yang
bertugas.
Di dalam Muzium
Negara, kami melihat pelbagai kraf dan benda yang digunakan pada masa dahulu.
Benda-benda ini dipisahkan kepada empat galeri iaitu Galeri A, Galeri B, Galeri
C dan Galeri D.
Galeri A mempunyai
maklumat tentang sejarah awal / tamadun manusia. Galeri B, tentang kerajaan
awal tanah melayu. Galeri C, tentang Penjajahan Tanah Melayu. Dan galeri D,
tentang Malaysia Kini.
Pelbagai pameran sejarah yang dapat kami lihat seperti cara hidup masyarakat setempat, senjata tradisional, corak pemerintahan dan sebagainya. Kami juga melihat Batu Bersurat yang dijumpai di Hulu Terengganu. Kami dapat merasa sebuah batu yang diperbuat daripada batu granik yang dinamai Makara, yang diukir dengan bermacam-macam corak seperti haiwan dan tumbu-tumbuhan. Menurut pegawai yang bertugas, batu itu terletak di pintu masuk rumah ibadat penganut agama Hindu. Kami juga berkesempatan menyentuh perahu sago iaitu perahu kecil yang membawa muatan ke tongkang atau kapal pesisir pantai yang tidak dapat sampai ke pelabuhan. Kayunya sedikit terkopak dan permukaannya kurang licin. Ia masih mempunyai corak kayu semula jadi yang terdapat di atas permukaannya.
Keseluruhan program ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang
masalah. Kami juga mendapat penerangan ringkas dan padat daripada Encik Badrol Hisyam Bin Abdul Rahman yang merupakan seorang petugas di Muzium itu bagi untuk memantapkan lagi pemahaman kami. Program seumpama ini sewajarnya dicontohi dan
diadakan pada masa akan datang kerana mendatangkan banyak kebaikan kepada para
pelajar.
Kami diberi pelepasan pada jam 1 petang untuk melawat sekitar
tempat tersebut selama setengah jam dan kami tidak melepaskan peluang mengambil
gambar untuk dijadikan kenangan. Kami menamatkan lawatan pada jam 2 petang.
Semua pelajar sudah berada di luar bangunan Muzium Negara untuk bertolak balik
ke politeknik.
Terima
kasih yang tidak terhingga pihak kami ucapkan kepada pihak Muzium Negara kerana sudi menerima kunjungan para
pelajar Politeknik Sultan Idris Shah. Mudah-mudahan kerjasama yang erat ini
akan terjalin utuh demi mencapai matlamat melahirkan atlet pelajar yang
bertaraf dunia.